KOTA KINABALU: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata proses itu perlu melalui beberapa peringkat yang melibatkan aspek perundangan, pentadbiran kewangan, struktur organisasi dan perkara-perkara lain.
Beliau berkata perkara di bawah MA63 yang telah selesai dan dilaksanakan adalah Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Perkara 1(2) dan Perkara 160(2), Pemberian Kuasa Mengenai Pelesenan dan Penangkapan Ikan Laut Dalam Kepada Kerajaan Negeri Sabah serta Penyerahan Kuasa ke atas Pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Sabah.
Selain itu, Penyerahan Kuasa Kawal Selia Gas, Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai Jabatan Teknikal di bawah AP182, Pelantikan wakil Kerajaan Negeri Sabah sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Sabah pada 3 Jan tahun depan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Yusof Yacob (GRS-Sindumin) berhubung status perlaksanaan mengenai hak-hak Sabah seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dilaksanakan.
Nizam berkata Kerajaan Sabah masih meneruskan perbincangan pelaksanaan pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, dan pendirian kerajaan negeri dalam tuntutan itu kekal sama.
"Pemberian khas yang dituntut adalah berdasarkan formula yang termaktub di bawah Seksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu bersamaan dengan 40 peratus daripada amaun hasil bersih yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Yong Teck Lee (GRS-ADUN Dilantik) mengenai punca kelewatan kerja pemulihan laluan kereta api di Beaufort-Tenom berkata kelewatan dalam menyelesaikan masalah berkenaan adalah bersifat kontraktual.
"Pada peringkat awal, pihak Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah ada bercadang untuk melaksanakan kerja pembaik pulihan berkenaan dengan segera melalui peruntukan kerja-kerja kecemasan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.
"Bagaimanapun, Jabatan Kereta Api telah dinasihatkan untuk tidak melaksanakannya disebabkan oleh ikatan kontrak yang masih berkuat kuasa untuk kontrak kerja penaiktarafan berkenaan," katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya, pihak Jabatan Kereta Api telah mengemukakan cadangan kerja membaik pulih berjumlah RM4.7 juta kepada Kementerian Pengangkutan pada Disember 2022.
Beliau berkata peruntukan yang dimohon berkenaan telah diluluskan kerajaan Persekutuan pada 15 Ogos 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Menurut Nizam, proses itu perlu melalui beberapa peringkat yang melibatkan aspek perundangan, pentadbiran kewangan, struktur organisasi dan perkara-perkara lain. - Gambar fail
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Ahli Parlimen harap nasib, hak Sabah dan Sarawak dapat perhatian berterusan kerajaan
Mereka cadangkan pemahaman rakyat terhadap kandungan dan impak MA63 ditingkatkan supaya tiada pihak mencetus sentimen kenegerian.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM12.4 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, komited realisasikan MA63
Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk menzahirkan kesepakatan yang dicapai dalam MA1963.
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sabah harap penurunan kuasa bidang pendidikan, kesihatan dimuktamad - Hajiji
Penurunan kuasa yang memberi tumpuan kepada aspek pentadbiran dan pengurusan itu, akan lebih memudahkan kerajaan Sabah melaksanakan seterusnya mempercepat setiap projek pembangunan pendidikan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Hak 40 peratus hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji
Hajiji Noor berkata Sabah menyambut baik keputusan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.
MA63: 5 persetujuan dicapai, peruntukan interim buat Sabah dan Sarawak disegera - Fadillah
Peruntukan interim di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM300 juta akan salurkan secepat mungkin kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.